j a i h o
☂ Never Be Replace

Annyeonghaseyo

j e e h a a | j a i h o




안녕하세요.

About TingTong My World Diary OLDER NEWER



As'salam & annyeonghaseyo.
You've stuck in my unprivate diary. So please be nice here or i call My Superman to KILL you !


Bigfootsss

URL blog wajib ada not email
Please put ur link correctly
No Ads are allowed
Harsh words are NOT allowed
Can exchange link here
---------------------------------------------

| |


Followers

Credits

Template : mrsmyungyeol
Inspired : Arrien Inspirit
Tutobies : Inspiriteu
Best Views:Infiniteu
Owner: Jaiho

renung-renungkan!
Monday, February 20, 2012 • 11:46 PM • 0 eLement{s}
Greeting Text




hyep:) weeewiiittt malaysia . aku nak gitaw nie . aku suka sangat dengan ayat-ayat nie . best . baca banyak kali pown tak bosan:) tapi tuelah .. aku tak penah nak amek contoh semua-2 nie . lalai kan aku ? tak pernah nak mengikut perintahNYA . 
so , kawan-2 , baca larhh nie .. (:
---------------------------------------------------------------------------

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).