j a i h o
☂ Never Be Replace

Annyeonghaseyo

j e e h a a | j a i h o




안녕하세요.

About TingTong My World Diary OLDER NEWER



As'salam & annyeonghaseyo.
You've stuck in my unprivate diary. So please be nice here or i call My Superman to KILL you !


Bigfootsss

URL blog wajib ada not email
Please put ur link correctly
No Ads are allowed
Harsh words are NOT allowed
Can exchange link here
---------------------------------------------

| |


Followers

Credits

Template : mrsmyungyeol
Inspired : Arrien Inspirit
Tutobies : Inspiriteu
Best Views:Infiniteu
Owner: Jaiho

Di manakah kita sebgai umat Islam ?
Sunday, June 6, 2010 • 4:53 PM • 0 eLement{s}
SEJAUH MANA USAHA KITA DISINI ?

Saya fikir ramai masyarakat mula sedar akan usaha-usaha protes keatas tindakan rejim zionis dan juga sedar akan pentingnya doa,dan bantuan kemanusiaan kepada umat islam disana.Namun tidak dapat dinafikan masih terdapat yang hanya mampu untuk simpati semata-mata.Cukupkah hanya sekadar simpati semata-mata?Jika kita mampu untuk membeli belah,memberi barangan yang bukanlah keperluan,dan bermacam-macam lagi maka kenapa kita masih mengabaikan kempen derma untuk rakyat palestien.Sejauh manakah usaha kita mencari tempat untuk menyumbangkannya?Sekadar renungan

SALAH SATU GOLONGAN YANG MANA ALLAH TIDAK AKAN BERCAKAP PUN DENGAN MEREKA KELAK ADALAH GOLONGAN YANG TIDAK BERSAMA JEMAAH.DAN GOLONGAN INI KE NERAKA JAHANAM.TIDAK MENGHULURKAN BANTUAN,DAN TIDAK PULA MENDOAKAN UMAT ISLAM YANG DIZALIMI IBARAT TIDAK MEMPEDULIKAN UMAT ISLAM.BUKANKAH TIDAK MEMPEDULIKAN UMAT ISLAM IBARAT TIDAK BERADA DALAM SATU JEMAAH?

Saya fikir umat islam yang paling tidak prihatin adalah bilamana didengarkan khabar yang mendukacitakan tentang saudara mereka di palestien,maka mereka tidak berbuat apa-apapun.Amat malang lah jika kita tidak berkesempatanpun untuk mendoakan mereka,solat hajat memohon kemenangan kepada mereka.Jadi dimanakah kita sebagai satu jemaah Islam.Memadaikah islam kita jika hanya solat 5 waktu semata-mata?Cuba renungkan pula mutiara kata ini.

SESUNGGUHNYA SOLAT ITU TIANG AGAMA.NAMUN JIKA HANYA TIANG SEMATA-MATA BUKANLAH LAGI RUMAH NAMANYA.DAN MASIH LAGI TIDAK SELAMAT UNTUK DIHUNI..


PERLU KE PROTES TUNJUK PERASAAN?

Mungkin ada yang berpendapat:
a)apa gunanya protes tunjuk perasaan ramai-ramai,sudah lah meletihkan,malah tidak memberi kesan apa-apapun kepada umat islam di palestien.
b)jika protes besar-besaran dilakukan,ianya tidak mengubah tindakkan rejim zionis tersebut.

Percayalah,selepas protes yang hebat ditunjukkan oleh umat islam diserata dunia,ianya sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada umat islam di palestien.Ianya diakui sendiri oleh rakyat palestien.Sesungguhnya mereka memerlukan sokongan,bantuan,dan doa dari kita semua.Malah tindakan protes ini juga bertujuan untuk membuktikan secara zahir dan batinnya kita sebagai umat islam adalah bersaudara,dan kita tidak mahu untuk melihat saudara seagama kita dizalimi.Bayangkan jika kekejaman ini berterusan,dan umat islam di malaysia berdiam diri.Berpeluk tubuh sahaja.Malah tidak komen apa-apa.Bukankah ini satu bentuk mementingkan diri,tidak ambil peduli tentang saudara seagama,dan tidak kisah jika islam ditindas dan dijatuhkan.

Jika ada yang berpendapat tindakan protes tunjuk perasaan adalah sia-sia.Maka inilah persoalan untuk persoalan tersebut.Adakah kita patut jalani kehidupan harian seperti biasa sahaja tampa ada sebarang respons terhadap kekejaman ini?Jika demikian lah,bermakna kita sememangnya tidak mahu untuk ambil tahu dan masuk campur tentang penindasan terhadap saudara kita.Contohnya jika bapa anda ditahan pihak yahudi,dan anda percaya mereka tidak akan melepaskan bapa anda,jadi adakah anda akan berputus asa dan terus berpeluk tubuh?Adakah anda tidak akan mengutuk kekejaman mereka dan berusaha apa sahaja yang termampu?Renung-renungkan.

KESIMPULAN
Sebagai seorang islam,tunjukkan kita bersaudara.Saya berpendapat adalah baik juga sekurang-kurangnya kita mendoakan umat islam di palestien sesudah solat.Mungkin kadang-kadang kita terlupa untuk mengerjakannya,dan artikel ini sebagai satu peringatan kepada kita semua.Malah jika ada kelapangan,apalah salahnya melakukan solat hajat memohon kemenangan umat islam di palestien.Dan saya memohon diri saya dan kita semua supaya lebih prihatin dan peka akan iklan-iklan bantuan untuk umat islam di palestien dan tidak terkecuali umat islam di malaysia samada di tv,akhbar atau dimana-mana sahaja.Kerana kita adalah bersaudara.Bukanlah hanya menjaga kepentingan keluarga di rumah semata-mata.

p/s>>> tahniah utk rakyat Malaysia yang lantang bersuara,protes,dan turut sama terlibat dlm misi bantuan kepada umat Islam Palestien.Pasti ada ganjaranmu kelak....

......................................................................