j a i h o
☂ Never Be Replace

Annyeonghaseyo

j e e h a a | j a i h o




안녕하세요.

About TingTong My World Diary OLDER NEWER



As'salam & annyeonghaseyo.
You've stuck in my unprivate diary. So please be nice here or i call My Superman to KILL you !


Bigfootsss

URL blog wajib ada not email
Please put ur link correctly
No Ads are allowed
Harsh words are NOT allowed
Can exchange link here
---------------------------------------------

| |


Followers

Credits

Template : mrsmyungyeol
Inspired : Arrien Inspirit
Tutobies : Inspiriteu
Best Views:Infiniteu
Owner: Jaiho

oh jiwa jiwa yang lemah
Saturday, February 9, 2013 • 4:17 PM • 1 eLement{s}

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah, sehingga dirinya digelar afifah solehah, Dialah wanita pertama, Tiada ragu dalam mengucapkan syahadah. Pengorbanannya bersama Rasulullah, susah senang bersama, walau hilang harta kerana berdakwah, walau dipulau 3 tahun 3 bulan, imannya sedikit pun tidak berubah. Mampukah aku setabah dirinya?Andai diuji sedikit sudah rebah. Baru dihina sudah mengalah,Ya Allah, tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah, betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya. Tidak pernah berputus asa pada perjuangan dakwah baginda dan merupakan anak yang semulia peribadi baginda. Tangannya lah yang membersihkan luka, tangannya jua yang membersihkan cela pada jasad Rasulullah tercinta. Gagahnya dirinya pada dugaan. Mampukah aku sekuat Fatimah? Saat diri terluka , dendam pula menyapa. Saat disakiti maki pula mengganti. Ya Rabbi, teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah, tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa. Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia, iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan Mampukah sabarku seperti mereka? Tatkala digoda nafsu dunia, Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim. Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas dasar mahar Iman. Islamlah Abu Talhah sehinggakan menjadi sahabat kepada Rasulullah. Sesungguhnya betapa hebatnya tarbiyyah seorang isteri pada suami, sehinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari Uhud, disambut dengan belakang jasad Abu Talhah.

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira, isteri termuda Rasulullah. Biar dilempar fitnah, dia tetap teguh pada ketetapanNya, Isteri sejati yang memangku Nabi pada saat terakhir baginda. Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan, betapa hatimu seorang mujahidah..Ya Allah, mampukah aku contohi dirinya? Pada fitnah yang melanda, diri mula goyah dan putus asa. Teguhkan Imanku sepertinya.

Namun Ya Allah..
 diri aku bukan setabah Ummu Khadijah, bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah, apatah lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah, mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira kerana diri ini cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana aurat masih dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan


Oleh itu, Ya Allah jadikan aku seperti mereka. Jadikan aku setabah Ummu Khadijah, semulia Fatimah Az-Zahrah, sesabar Masyitah dan Sumaiyah, sehebat Ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira. insyAllah :) 

k, assalammualaikum.